actually, last saturday, me, naz n my family gi jejalan ke Cameron Highland. dengan perut yg dah sarat ni, i gagahkan gak gi Cameron. bersemangat nak berjalan punya pasal.
kami ikut Simpang Pulai. mmg agak jauh berbanding ikut Tapah, tapi at least x teruk sangat peningnya. Betul kata my MIL, ikut Simpang Pulai macam ikut jalan Bukit Ampang. luas n kurang selekoh tajam. banyak benda leh tengok...
masa exit Simpang Pulai, banyak gak keta. Mujur kami guna Smart Tag. laju sket...
yg menariknya, masa dah nak sampai Ringlet, jalan jem. HAH??? bunyi macam pelik, tapi itulah yg berlaku. pergh...mmg hangin. jem sbb banyak keta nak park kat kiri kanan jalan, bila tiba kat tempat persinggahan.
akhirnya sampai gak kat Anthurium Apartment. sampai2 je, terus panaskan nasi lemak n makan. mmg tgh lapo pun. rehat sat. kul 2.30ptg kami kuar. ingat nak gi cactus valley, tapi jalan jem sebelum sampai brinchang. so, singgah sat kat strawberry park.
makan aiskrim strawberi....sedap sangat..... mak n kak nora beli pokok kaktus.
i amik pics...
then, kami ubah plan, trus ke pasar malan brinchang. rezeki baby, kami mudah dapat tempat parking. tu pun naz cuba jalan belakang. alhamdulillah....
kat pasar malam, mama n abah shopping sayur trus.
n teh...
me n naz...shopping strawberri. makan sambil berjalan. sekejap je abis satu pek...hehhee...
dah puas bjln, terus balik ke apartment n berehat.
esoknya, gerak awal. terus check out n ke cactus valley. nak mengelakkan jem. k nora as usual, beli kaktus lagi...
i...amik pics la...
n beli pokok yg my MIL kirim.
yg menariknya, masa baru sampai, hanya ada 4-5 biji keta je. kami nak kuar je, dah penuh parking keta. apa lagi, kami pun terus menuju ke Kea Farm highland. jenuh gak cari space nak parking.ingatkan kami yg kuar awal ni, kira awallah. rupa2nya orang lain lagi awal...pergh...ntah kul brape depa ni kuar.
kat sini, i lak yg beli sayur...
n strawberri lagi...
abah lak belikan payung tuk mama...
hampir 2 jam gak kami kat cni. kami teruskan perjalanan n kali ni, kami singgah di Bharat Tea Shop. dapat gak bawa mama n abah tgk ladang teh. kat cni, k nora beli mug yg akhirnya 'terkorban' satu bila sampai umah...pecah da...
i lak...aktiviti biasa, amik pics...
then, bawa mama n abah gi tgk ladang teh dari dekat. abah mulakan operasi, memetik daun teh. siap bawa balik sehelai lagi...
dah puas bergambar di ladang teh, kami pun meneruskan perjalanan pulang.
masa turun bukit, i je yg macam orang separuh mati. menahan pening kepala..pergh...mmg haru sangat. ksian naz, xtau nak wat apa...
alhamdulillah, sampai juga hajat i nak naik tanah tinggi before bersalin. thanks sayang...
3 comments:
hai.. saya dapat add blog ni dari blog guru besar saya, hj sarkawi. bila awak due yer? bestkan pi cameron, tapi beli teh baik-baikla. cameron valley ok, yang tak ok nya adalah boh. beriya-iya saya borong semua perisa lepas interview salesgirl tu. kononnya takde di tempat lain. rupanya kat mydin hypermarket melambak jual. lagi murah pulak tu... tertipu tipah. logik juga harga lebih murah, plantation kat cameron highland tapi packaging kat selangor. memang naikla transportation cost.
hi...
thanks coz sudi drop by. insyaallah, due 6/8. sbb tu saya xbeli boh. dulu penah gak g cameron, tgk kawan2 borong teh boh kat ladang die. tapi bila g tanah rata, harganya sama je...ada yg murah gak. erm...tu yg beli cameron valley. lgpun saya xminat boh, pekat sket. biasanya minum lipton...
Cameron valleyy punya teh ni ada jual kat mydin tak???
Post a Comment