Sunday, October 28, 2007

beraya di tangkak...

smlm (27/10) sekolah. ada taklimat PIPP... after school, gi kenduri kahwin family tn hj bahari...nampaknya kumpulan cikgu2 SEMESTA wat havoc kat kenduri...apa yang berlaku?xyah lah citer...tapi apa yg pasti, depa mmg happening...walaupun berbeza usia...hehehe.... after that, me n sayang g pt sulong, beraya umah mak n ila...akhirnya dapat gak ke umah ila...honestly umah die cantik. terlupa nak amik pics...Alhamdullillah, tgk keadaan die skrang, nampaknya bahagia...n i doakan kebahagiaan itu berpanjangan...insya allah...
after beraya umah die, tanpa di'plan' kami gi umah kak fadzilah. segan lak if x jumpa mak die, dah macam saudara sendiri...kami sampai umah k fadzilah kul 7.05mlm...hehe..beraya maghrib2...seperti yang dijangka, k fadzilah bgtau mak die tanya 'bila ina nak beraya kat sini?' mujur i sampai... ala...sama je dengan abah i...die pun tanya "mana ila x datang beraya? mana k fadzilah x datang beraya? mana kumpai x datang beraya? mana bibi x dtg beraya? mana k sue xdtg beraya?" hampir semua kawan2 i yang die kenal die tanya...erm...
plan arini...gi rumah terbuka en zamri n pengetua...now tgh fikir pattern tuk jahit manik baju kumpai...nak wat corak apa ek????

Tuesday, October 23, 2007

Seribu Tahun - Imran Ajmain

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……

Friday, October 19, 2007

Ungu - Andai Ku Tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Tuesday, October 16, 2007

Salam AidilFitri...


Salam Aidilfitri...Mohon maaf Zahir n Batin...kepada keluarga, kenalan, sahabat handai....
Tahun ini i beraya di Hulu Langat...My bro n sis balik cni...kali ni 1st time beraya di rumah baru renovate..hehehe....rumah dah besar tapi x cukup gak ruang bila semua balik...hehehe...but the best raya...walaupun hanya bersama keluarga...kecoh, riuh satu rumah...
n this year, kami beraya sedondon bagi yang berpasangan n berkeluarga... my bro-biru, sis liza-kuning, myself - hijau (dgn sayang lah...sapa lagi) n pagi raya, sayang datang umah...dgn adik2...
n tahun ni, i managed to assemble all to take photo...dah 4 tahun x amik pics family...last tahun 2003...rasa best sangat...
tengahari raya pertama, kami berkonvoi ke rumah pak jang di keramat n pak cik di segambut. raya kedua, konvoi ke ipoh, ke umah tok...actually tok ni ayah angkat abah...ni je atuk yang aku ada...yang lain, semua dah pulang ke Rahmatullah (...al-Fatihah...)
raya ketiga, xke mana...arini pun...apa lagi...sesi melayan tv n internet lah...nak gi beraya, kawan2 xbalik dr kampung... lagipun, if bukan i layan citer kat tv, sapa lagi...

Wednesday, October 3, 2007

birthday present 1...

early birthday present...from JUSCO...

parit sulong...

yesterday (2/10), me n sayang went to Parit Sulong...to buy kerepek for the last time before hari raya..the best part was we didn't went there to buy ours but we bought for our frenz...hehehe...feel like a 'kerepek taukey'... the car were pull wit kerepek bawang, kerepek ubi, popia etc...i've finished almost RM200...
actually plan asal ialah berbuka di rumah mak ila...alang2 ke sana, i amik order beli kerepek... lama x jumpa mak n family... lepas gak rindu...as usual, bila hari raya, mak will busy preparing bahulu gulung...kali ni mmg banyak... mak bagi bekal sket, tuk bagi kat mama... n rasa puas hati dapat bawa sayang jumpa mak ila. sbb dulu penah berjanji pada diri sendiri yang akan bawa calon suami tuk jumpa mak...mak x komen banyak. mak cuma kata jangan lambat2 sgt... puas sayang kena buli dgn adik (durah) n k ndah...hehehe...mujur sayang ok je... antara komen k ndah yang xleh nak lupa..."eh...korang ni serupa lah..." boleh?? siap explain...serupa tang warna kulit, tang muka,tang body...cheeit...sabo je lah...heheh....but honestly, i felt happy yesterday... sayang pun cam leh blend together wit them...
ila pun datang berbuka umah mak...asyraf dah besar. mmg xpercaya masa dukung dia...comel sangat. seronok sangat main dgn dia sampai lupa nak amik pics...ila dah pindah umah baru, umah sendiri...alhamdullillah...rezeki anak...tgk pun life die macam dah ok... xsempat g umah die. insya allah, masa raya ni akan sampai sana gak kot...
ramai yang tertanya2...siapa 'sayang' yg i duk mention lately....insya allah, i will revealed it on my birthday...2 more days to go...5th October...
Renungkanlah sedalam-dalamnya...

Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia ju ga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`