naz makan roti canai
i makan tosei
pas makan, gi singgah tgk umah sat. then patutnya balik umah. tapi naz jalan terus je ke bandar tangkak. siap i bising kat dalam keta "abang nak gi mana? kan umah masuk simpang ni. apa dalam fikiran abang ni?" rupa-rupanya ada surprise gak untuk i. dia singgah gi florist...siap nyorok kat belakang...
amik ni...
heheh...i happy sangat. ingatkan naz lupa nak bg apa2...hehehhe...
pagi tu duduk umah je. tengahari ada jemputan kahwin. so, tengahari baru kluar. dah gi kenduri, kami gi melaka. gi tgk wayang. mmg pada awalnya kami nak gi bercuti ke mana2, tapi memandangkan ada jemputan kahwin n isnin ni ada tuisyen, so postponed dulu plan. i nak gi genting, tapi naz bagi syarat, if nak gi genting, pastu kena terus balik langat. mana leh..i ada tuisyen. so, bersabar je lah.
kami gi tgk citer ni...
best gak citer ni. tgk naz enjoy, i pun enjoy gak. yg menariknya, sepanjang tgk movie, baby pun turut sama "enjoy". kejap gerak ke kiri, kejap ke kanan...sampai akit perut..hehhe...jalan2 sat kat dataran pahlawan. then terus gerak ke tempat nak dinner...kami pilih tuk gi UMBAI...
alhamdulillah, dapat gak jumpa umbai baru...
ni apa yg kami minum...
limau ais 4 me, teh o ais limau n ais kosong tuk naz...
for appertizer...keropok cili...naz pulun btul makan keropok ni...free lah katakan..hehheh
sotong goreng tepung. dish yg mmg sedap. terasa rangup tepungnya...
kailan goreng ikan masin...not really recommended. xrasa ikan masin. sayurnya besar n liat...siakap 3 rasa. sos die sedap, ikan pun rangup...
ikan pari bakar cili...
i makan nasi sket je. ratah lauk je.
dah selesai makan, dengan perlahan kami gerak ke kereta n balik umah.
sepanjang jalan, kena borak temankan naz. die pun dah ngantuk...kenyang sangat.
so...begitulah seharian sambutan 1st anniversary kami. bak kata naz, if kat KL, ada banyak pilihan tempat. so memandangkan kami di tangkak, so xlah banyak pilihan tempat yg leh gi. i xkisah...as long as i dengan my hubby, i ok je.
abang, terima kasih sbb bawa b jalan2 semalam...kesian abang jenuh nak pk nak bawa b ke mana, kan? as long as b dengan abang, b x kisah...sayang abang. Selamat Ulang Tahun Sayang... semoga perkahwinan ini berkekalan hingga hujung nyawa. nnt kita gi genting, ek?