Wednesday, October 15, 2008

...keputusan...

i think i can reveal it now...
last month, i ada masalah pendarahan xberhenti2. xbanyak tapi risau gak. so i gi klinik pas i xtahan akit n xleh bergerak. gi wat urine test n keputusannya +ve. honestly mmg kami terkejut coz i baru lepas period n xde lak suspect apa2. so, i direfer ke klinik ibu n anak. g scan, tapi xnampak apa2. ptg tu i gi kinik swasta lak. scan pun x nampak gak n yg nampak benda lain. i ada cyst, dah 2.6cm. 2 2 doc kata tgu pas raya tuk cnfirmkan i nyer pregnancy. 1 minggu pas tu i masih bleeding. so i gi rujuk pakar lak. wat ujian darah, mmg sah i pregnant tapi scan masih rahim kosong, xnampak apa2. cyst makin besar, 4.6cm. so, doc bagi ubat kuatkan rahim. cyst tu biarkan dulu...
last week, hari rabu, masa i dapat brite ttg abah, masa tu i perasan darah i kuat banyak...lebih banyak dari biasa tapi x sakit. i wat xtau je. 2 hari bleeding mcm tu. isnin lepas, i wat ujian sendiri...keputusan dah bertukar. smlm i gi klinik kerajaan coz ada pemeriksaan lanjutan. so, disahkan mmg dah -ve...
kiranya usia kandungan i 5 minggu...xsangka sangat i hadapi hal seperti ini.tapi i pasrah, terima segala ketentuan Illahi. mungkin ini bukan rezeki kami...
baby. mama minta maaf. mama xjaga diri baik2. mama xjaga baby baik2...

Tuesday, October 14, 2008

abah...

alhamdullillah...abah dah kuar wad ahad lepas. tulis discaj dari pagi, tapi kena tgu smpi petang. kul 5.30ptg baru leh kuar.
kondisi abah...erm...alhamdullillah, ada banyak perubahan. percakapan abah dah leh difahami, tangan dah leh pusing, berjalan dah guna tongkat, tapi kena ada orang standby ikut belakang. kaki kanan masih lemah n kecil. mmg mengecut n masih mengecut. ari2 abah akan bergerak, berjalan n wat senaman tangan. now, tgh tgu masa nak gi urut. insya allah,abah nazri nak tolong bawakan. katanya nak ke ijok. tapi tgu abah gi jumpa doc dulu arini. k nora amik cuti tuk bawa abah. aku dah balik tangkak sejak semalam..tu pun lepas selesai segala urusan abah kat hospital. kiranya i amik cuti 3 hari. sejak khamis till isnin (semalam). actually, i berat ati nak balik. nak temankan abah, tapi apakan daya...otw balik ke tangkak smlm, i nangis je...hanya ALLAH je yg tahu perasaan i...till now. yg kenal i dari kecil pasti tahu betapa rapatnya i dgn abah...
x sabar tgu jumaat ni...nak balik tgk abah, nak jaga abah...
anyway, thanks to those yg datang lawat abah, yg call n sms tanyakan keadaan abah.

Saturday, October 11, 2008

...abah...

for those yg melawat my mobile blog mesti terkejut tgk pics yg i posted yesterday...well, here's the story...
last wednesday, masa tu around 10.40pg, i tengah mengajar. tetiba naz dtg n minta i call umah. i dah mula suspen. mmg terkejut...k nora bgtau abah terjatuh n xleh gerak sebelah badan n die nak bawa abah go hospital. YA ALLAH!!! mmg i terkejut. mulanya x trasa nak nangis. pas letak hp n terdiam, tetiba baru i nangis. mmg bebudak nampaklah coz it'a happen kat luar kelas. i terus ckp dgn naz nak balik time tu gak. trus i g jumpa pengetua minta kebenaran. singgah umah, packing apa yg patut n trus g hospital.
k nora anto abah ke HUKM. smpi kat sana, mama, k nora, k liza n abag maizul ada kat wad kecemasan. k nora bgtau doc scan kepala abah 2 kali. 1st time xnampak tanda2 strok, same wit 2nd attempt. kami semua stay except for k liza till kami dipanggil jam 9.30pm. sementara tu, duk curi2 masuk wad kecemasan tgk abah. honestly i mmg takut nak tgk abah, dunno why. tapi i cekalkan hati gak, i langkah masuk. nampak je abah, i wat2 tersenyum tapi gagal menahan sebak bila tgk abah nangis...masa tu abah xleh bercakap dengan proper.sebelah kanan dah xleh gerak, mulut terherot sket. abah kena strok @ angin ahmar. sedih sgt masa tu. i cuma berselawat je kat abah...
kul 9.30pm barulah abah dapat masuk wad. Wad 6, tingkat 6 HUKM. mlm pertama kat sana, abg maizul temankan abah. pagi khamis abang sampai. n abang ambil giliran jaga abah waktu malam...
di saat i menaip post ni, kesihatan abah dah makin ok. abah dah leh bangun, berdiri tapi masih lemah. tangan dah leh diangkat sket, mulut pun dah ok. percakapan pun dah makin lancar. tekanan darah dah turun...mlm td 122/78. x seperti rabu lepas....bacaan tekanan darah abah mmg SANGAT TINGGI. 201/110...
n smlm abang call bgtau, insya allah if abah makin ok, abah leh balik hari ni. moga2 ia jadi kenyataan....amin.
memandangkan aku pun balik langat n bz menguruskan abah, i xpergi check up khamis lepas. ingat pagi ni nak gi klinik sat...i berserah je dgn apa2 keputusan doc...

Tuesday, October 7, 2008

Salam Aidilfitri

Salam AidilFitri... Maaf zahir dan batin dari kami berdua...

Tahun ni tahun pertama kami beraya berdua as husband n wife. semua tanya, apa bezanya...? well, my answer will be...dulu sorang, sekarang berdua, dah berteman. rasa best coz ada orang disisi...

Tahun ni i bawa naz balik kedah. kami bertolak pagi selasa. alhamdulillah, trafik ok. raya pertama ke kampung abah.
pic ni saje i letak. selama ni orang x tau kampung i katne. so kiranya ni bukti yg kampung i tue wujud.
Raya kedua, ronda kampung mak. singgah sat kat tanah mak. saje tgk apa hasil kampung yg ada yg leh dibawa pulang.
Hasilnya, tu ha...pisang saje 3 tandan, siap dipatahkan pokok tue.
raya ketiga, kami balik n terus i beraya dengan keluarga mertua lak. alhamdullillah, trafik ok gak. petang tu gak gi umah nenek kat selayang n umah busu.
raya keempat, beraya ke rumah cik ros...mlm tu, kami wat barbeque sambil sambut bday i. sayang belikan i kek...hadiah dah diberi lebih awal...hehehe...