Monday, March 15, 2010

Mee Bandung Muar

Jenuh tul kami cari kedai ni. rupa2nya kat tepi jalan utama yg kami selalu lalu tapi xpernah perasan. aritu semenjak dah tau kedainye katne, kami target je bila nak gi. alhamdulillah, ari ni sampai gak kami kat sini.
kedai ni selalu masuk tv...segala rancangan makan2 @ jejalan, mahupun artikel suratkhabar @ majalah.
arini, i nak gi amik baju kadet polis. so tinggalkan aisy kat umah pengasuh sat, kesian nak bawa die pepanas ni. alang2 ke muar n kedai baju pun dekat dgn kedai makan ni, kami pun singgahlah. makan apa lgi kalau bukan MEE BANDUNG MUAR.
ni air yg kami order...i minum sirap limau n naz, teh o ais...
nilah rupa mee bandung tu. bau pun menyelerakan. n rasanya...pergh...mmg sedap.
kami pekena gak sate. kami wat conclusion, kat muar ni sate die berempah, mmg xleh lawan HJ SAMURI. jangan marah ek...
kuah sate pun agak cair. tu yg fail sket...
so, if u all lalu kat muar, singgahlah kedai ni...apa namanye? i pun xtau...yg tau naz...hahaha...haji apa ntah...xpun korang cari je kedai nama WAH SAN...

Semoga berjaya....


maybe student i ni x baca pun blog i ni, tapi i nak tulis gak...
Muhammad Nor Aiman...one of my student from 1 Berlian. it's fun to have him as one of my student. love to smile...but the most important is, he's willing to speak with me in English eventhough at first he quite scared to use that language. as time goes by, he got the strength n now, he's able to speak to me in English.
last thursday, i've received a bad news...he's going to leave the school n go to SMKA Segamat. although it's hard for me to accept it, but i have to for his own good. a good student should not leave this opportunity as this is what he wantsfrom he beginning. what i like about him other than his willingness to change? he is so CUTE...with the height n his cute face n his smile, he really make my day everytime when i go to his class.
Aiman, i wish you all the best. stay cute...gonna miss u...

Kejohanan Olahraga SEMESTA 2010

tarikh dah xingat, tapi bulan lepas kami guru2 SEMESTA bertungkus lumus bertugas tuk Kejohanan Olahraga sekolah. i menerima tugasan 2 tahun lepas..jd juruacara. dengan partner lama i, cikgu zamri a.k.a. Tok Janggut (heheheh...) alhamdulillah, kejohanan berjalan lancar.
naper ada pics basikal? ni tuk acara pegawai. i mesti participate...yelah...masa ni je yg leh having fun selain dari masa hari guru. i kena kayuh basikal. gile tinggi basikal tu, sampai sakit celah kangkang...hehehhe...wat malu je.
bersama2 jaguh2 SERAYA...alhamdulillah, tahun ini kami dapat tempat kedua.
bersama cikgu2 yg jakun...xpernah jumpa kamera. pantang nampak je camera, amik gambar....bosan menunggu majlis penutup yg tergendala akibat i as juruacara masih xterima keputusan akhir.
macam nak gi majlis masquerade je....

Thursday, February 18, 2010

aisy...6 months++

nampak x perbezaan aisy yg ni....
dengan yg ni?
xperasan?...cuba tgk kat tepi telinga...
a'ah...aisy dah trim rambut...nampak mcm org besar. makin handsome anak mama ni..

kak nora...si orang kaya...

selasa lepas, bawa n temankan k nora shopping. maklumlah, die nak gi Jepun hujung bulan ni. so, kami bawa ke Mid Valley...CNY Deco...kebetulan ada persembahan 18 Drums...aisy tgk je dgn khusyuk walaupun bunyi agak bising, tp die cool je...
kami makan kat Popeye....ni lah 'santapan tengahari' kami...not bad gak makanan die. i makan nasi dengan ikan, naz makan ayam...k nora amik set MAXI...
abang, bengang sbb k nora amik makanan abang ker?
aisy dapat bantal baru...papa belikan tuk guna dgn car seat aisy. senang tuk zzz...
ni lah hasil 'taburan' duit k nora aritu...yg pasti, semua pics ni diambil menggunakan kamera baru k nora...cantik pics die. pasni leh pinjam...ahaks...
bye2...kami mahu pulang...(sebenarnya nak tunjuk, walaupun bergerak, tapi pics die masih still. xde gegar pun)

misi...

alang2 dah balik langat ni, gi amik cincin kat mines yg dah 1 bulan tersadai. cincin yg dah hampir 1 1/2 tahun x pakai coz diamond hilang. apa lagi if not my wedding ring...alhamdulillah, dah dapat semula. dah sampai mines ni n alang2 abah pun ikut sama, sesaja minta k nora belanja makan kat Carl's Jr. Mujur ada Carl's Jr yg dekat, so xyah nak gi ke Mid lagi.
aisy pun rasa best coz ada kerusi baby yg selesa disediakan...just nice je tuk aisy...
interior design kat Carl's Jr Mines...kerusi makan aisy Rubbermaid tu...bukan calang2...
papa minum...aisy bz wat keje...
apalah naz n abah tgk tu...

aisy dengan baju baru

pics ni diambil masa dah sampai umah kat langat. balik sempena cuti Tahnun Baru Cina. suka tgk baju ni...terutamanya kat buntut die...hehehe...ada muka ITIK. tu yg lagi best tepuk buntut aisy tu...hahahaha